Pada abad ke-16, Negara-negara Eropah berada dalam tempoh menjelang Zaman Kebangkitan. Industri kereta kuda berkembang dengan pesat akibat kemajuan kemahiran membuat kereta kuda. Pada pertengahan abad ke-16, kereta kuda empat roda dengan sepasang aci telah dihasilkan secara besar-besaran. Jenis kereta kuda ini telah dipasang roda stereng, bahagian badan kereta pula dilengkapi dengan pintu yang fleksibel dan tertutup. Antara badan kereta dengan aci roda pula disambungkan dengan spring yang bakal memberi keselesaan kepada penumpangnya.
Pada akhir abad ke-19 sehingga awal abad ke-20, revolusi industri dalam kebanyakan negara kapitalisme di Eropah dan Amerika hampir berakhir. Peningkatan produktiviti telah memesatkan permintaan ke atas perkembangan alat pengangkutan. Berikutan daripada kereta pertama yang diciptakan oleh Karl Benz dan Gottlieb Daimier dari Jerman pada tahun 1886, negara-negara lain turut mengikuti jejak mereka ke dunia perekaan kereta. Keadaan ini telah memecutkan pembangunan industri automobil. Perancis berjaya menciptakan kereta pertama pada tahun 1890, diikuti Amerika pada tahun 1893, Britain pada tahun 1896, Jepun pada tahun 1907 dan Rusia pada tahun 1910.
Sejarah perkembangan automobil sedunia telah berlangsung selama 110 tahun. Dari hujung abad ke-19 sehingga Perang Dunia Pertama, tempoh 2-3 dekad ini merupakan era perekaan kereta yang awal, dan juga tempoh pembentukan industri kereta di negara-negara maju. Sejak tahun 1886, Jerman, pengeluar automobil yang tertua mula bergiat dalam pengeluaran automobil secara besar-besaran.
Sehingga tahun 1901, terdapat 12 kilang automobil di Jerman, sebanyak 884 buah kereta telah dihasilkan setahun. 7 tahun kemudian, kilang automobil bertambah dengan pesat menjadi 53 buah dan menghasilkan 5547 buah kereta setahun. Ianya bukan sahaja dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan, malah kebanyakan keluaran telah dipasarkan ke luar negera. Walau bagaimanapun, Benz dan Daimler kekal sebagai kilang automobil yang terkenal, tertua dan terbesar.
Sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1913, industri automobil di Jerman telah membentuk sebuah industri yang bebas. Menurut statistik pada tahun 1914, pengeluaran kereta tahunan di Jerman adalah sebanyak 20,000 unit, pemilik kereta pula mencecah 10,000 unit. Pada tahun 1893, kereta pertama di Amerika telah dicipta oleh adik beradik Duryea. Tiga tahun kemudian, semakin ramai orang menceburi industri automobil. Henry Ford dan Ransom Olds merupakan salah dua daripada tokoh yang terkemuka. Ford merupakan pengasas Syarikat American Ford Autombile dan menciptakan kereta pertama pada tahun 1896. Pada tahun 1902, bilangan kereta yang dikeluarkan di Amerika telah mencapai 9,000 unit.
|