En. Shintaro Yoshida merupakan pelopor industri automobil di Jepun. Beliau telah menubuhkan sebuah kilang automobil di Tokyo pada tahun 1904 dan mengeluarkan kereta buatan Jepun yang pertama, Takuri No.1 pada 3 tahun kemudian. Berikutannya, kilang automobil bertambah bagaikan cendawan tumbuh di musim hujan, seakan-akan keadaan yang berlaku di China pada tahun 80an. Oleh kerana permintaan tentera, pihak Kerajaan Jepun telah mengisytiharkan “Akta Insentif Kenderaan Tentera” dan memberi sokongan kewangan kepada kilang automobil. Keadaan ini telah menjadi dorongan yang menggerakkan perkembangan industri autombil di Jepun.
Selepas tertewas dalam Perang Dunia Kedua, Ibu Pejabat Jeneral Imperial mengarahkan semua kilang automobil di Jepun berhenti beroperasi. Namun demikian, perintah tersebut gagal dilaksanakan dengan sepenuhnya. Beberapa kilang automobil seperti Honda, Industri Toyo dan Industri Berat Fuji telah melancarlkan kereta model baru. Pada awal tahun 50an, kereta buatan Amerika dan Eropah berjaya menerokai pasaran Jepun. Industri automobil Jepun yang hampir lumpuh diburukkan lagi oleh kereta kecil buatan Eropah yang dijual dengan harga murah. Demi melindungi industri automobil tempatan, Kerajaan Jepun mengenakan cukai kastam sebanyak 40% ke atas kereta import (Sistem pencukaian ini kemudiannya dimansuhkan pada tahun 1978, sehingga sekarang semua kereta import adalah bebas cukai). Di samping itu, modal dan pelaburan dari negara asing ke dalam industri automobil tempatan juga dilarang sama sekali. Untuk terus hidup, sesetengah kilang automobil kecil terpaksa mengadakan usaha sama dengan kilang luar negara atas nama “bekerjasama dari segi perniagaan atau teknikal”. Hanya Honda yang kekal memperkembangkan kereta buatan Jepun dengan usaha sendiri.
Pada tahun 1965, terbukanya lebuh raya yang menyambungkan Nagoya dengan Kobe telah mencatatkan era baru dalam sejarah lebuh raya di Jepun. Semenjak itu, kereta menjadi harta benda yang dimiliki ramai, bilangan pemilik kereta bertambah dengan mendadak, begitu juga dengan perbelanjaan ke atas kereta. Pada tahun 1967, Jepun telah mendahului Jerman dan muncul sebagai kilang automobil yang kedua besar di dunia.
Pada tahun 70an, “krisis petrol” yang berlaku sebanyak dua kali telah mempopularkan kereta berjenama Jepun yang saiznya lebih kecil dan lebih menjimatkan petrol. Jumlah eksport bertambah dengan mendadak, Honda, Nissan, Industri Berat Fuji dan Suzuki pula muncul sebagai kilang automobil yang bertaraf antarabangsa. Antara tahun 1972-1976, Syarikat Honda telah mengeluarkan 10 juta unit kereta. Pada tahun 1980, jumlah pengeluaran kereta di Jepun telah mencecah 11.04 juta unit, berjaya menewaskan Amerika dan muncul sebagai pengilang dan pengeksport kereta yang terbesar di dunia.
Eksport secara besar-besaran ke Amerika telah mencetuskan defisit perdagangan yang nyata kepada Amerika. Sejak tahun 1980, isu perdagangan kereta di antara Amerika dengan Jepun bertambah serius, akhirnya berubah menjadi isi politikal yang menegangkan perhubungan diplomatik antara kedua-dua negara tersebut. Untuk mengelakkan konflik dan kesan buruk berikutan isu tersebut, Honda, Toyota dan Nissan membuat keputusan untuk memindahkan kilang ke Amerika.
|